Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Selamat Pagi dan
Salam
Satu
Malaysia..
Tuan-tuan
dan Puan-puan yang dihormati
Pertamanya
mari kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat lllahi kerana dengan izin
dan inayah-Nya memberikan saya amanat tentang MBMMBI.Pembaca yang
dimuliakan,Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha berterusan kearah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan
kemakmuran
keluarga,masyarakat dan Negara.
Bagi
mencapai hasrat murni di atas pihak Kementerian PelajaranMalaysia telah
mengaris Dasar-dasar penting bagi menjayakannya.Dasar-dasar ini dibina
mengikut perkembangan dan peredaran semasa.Sebelum itu, elok rasanya kita
mengetahui apakah visi dan misi utama pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia.Visi Kementerian adalah SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
mana kala misinya pula, MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN
BERKUALITI.Selepas berakhirnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006-2010 pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah banyakmemperkenalkan
dasar-dasar baru bagi memantapkan lagi program sedia ada.Pengenalan Dasar
NKRA Pendidikan menumpukan perhatian kepada 4 sub-NKRA bagi meluaskan lagi
akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
Kepimpinan
sekolah ,pihak Jabatan Pelajaran juga tidak ketinggalan pihak Kerajaan Negeri
yang sentiasa komited dan memberikan sokongan padu memastikan pendidikan
sentiasa menuju kepada
matlamat
diidamkan.
Pembaca
yang dihormati,Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menambah beberapa
dasar penting bagi memartabatkan bidang pendidikan di Negara ini.Antara
dasar-dasar baru yang dikenalkan adalah:
KSSR yang
dimulai pada 2011
MBMMBI
dijalankan bagi menggantikan PPSMI
l Murid 1
Sukan
PBS
MBMMBI
adalah Singkatan kepada Memartabatkan BahasaMalaysia Memperkukuh Bahasa
Inggeris.Dasar ini dijalankan bagi menggantikan program yang pada suatu masa
dahulu dikenali dengan PPsMl.Pengenalan dasar baru ini tidak dijalankan
secara drastik tetapi secara ansur-ansur atau diistilahkan softlanding.
Sokongan
dan keperihatinan dalam memartabatkan institusi pendidikan di sekolah
ini.Segala-gala terletak di tangan para pendidik,mengemudi,menjadi pelopor,
dan pencetus serta penjana transformasi pendidikan Negara.Banyak kejayaan
yang telah dicapai olen pelajar-pelajar dari negeri kecil ini.Bidang
koakademik dan aktiviti kokurikulum telah menaikkan nama negeri di pesada
antarabangsa pada akhir tahun lalu.Tahniah dan Syabas kepada semua pihak yang
menjelmakan kejayaan cemerlang dan manis ini.
Sesungguhnya usaha mesti diteruskan untuk kejayaan lebih
cemerlang pada masa hadapan.Azam kita ialah sedaya upaya memanfaat segala ilmu
dalam dada dan mengemblengkansegala tenaga dan sumber yang diperuntukkan oleh
kerajaan kepada kita demi merakyatkan kecemerlangan kesegenap pelosok Negara
merentasi daerah, negeri dan wilayah.
Sekian,
Wabillahi
taufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Guru Besar Sk Nam Heng
En Othman Bin Hussain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan